Pages

Saturday 12 November 2011

Soalan T1 B1

Jawab semua soalan


Catatan sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu. 

                    
1       Penyataan di atas merupakan pengertian sejarah yang telah dikemukakan oleh
         A      Herodotus.
         B      Ibn Khaldun.
         C      Tun Sri Lanang.
         D      Muhd. Yusuf Ibrahim.


2       Apakah tujuan mata pelajaran sejarah diperkenalkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada hari ini?
         A      Memupuk semangat jihad
         B      Memupuk semangat perkauman
         C      Membangkitkan semangat perpaduan
         D      Memupuk semangat cinta akan tanah air


3       Antara yang berikut, yang manakah dapat menerangkan tentang maksud sejarah?
         A      Perubahan zaman
         B      Peristiwa yang hebat
         C      Peristiwa yang pernah berlaku
         D      Penyelidikan tentang perkara yang telah berlaku


4       Apakah yang dimaksudkan dengan sumber primer?
         A      Laporan bulanan
         B      Hasil kajian sumber pertama
         C      Sumber asal yang belum diolah
         D      Maklumat sejarah yang telah ditulis


              
      Bahan yang dikaji oleh ahli arkeologi yang tersebut dikenali sebagai
         A      fosil.
         B      tulang.
         C      artifak.
         D      manuskrip.


6       Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber bersifat asli dan belum lagi ditafsir?
A      Majalah
B      Batu bersurat
C      Laporan tahunan
D      Filem dokumentari


7       Antara yang berikut, sumber pertama yang belum lagi diolah ialah
         A      Fosil
         B      Akhbar
         C      Majalah
         D      Eksiklopedia


                 
      Unsur tokoh tambah merupakan  antara ciri bagi kaedah
         A      lisan.
         B      bertulis.
         C      arkeologi.
         D      penyelidikan.


9       Apakah kelemahan yang terdapat pada sumber lisan?
         A      Banyak unsur cerita rakyat
         B      Banyak terdapat fakta palsu
         C      Banyak bercampur aduk dengan dongeng
         D      Banyak dipengaruhi oleh perkembangan masa ini


10     Mengapakah wujud tafsiran yang berbeza-beza terhadap sesuatu peristiwa sejarah yang sama?
         A      Kerana pandangan berlainan
         B      Kerana kekurangan maklumat
         C      Kerana sukar memperoleh fakta yang benar
         D      Kerana sukar untuk membuktikan kebenaran

No comments:

Post a Comment